Saturday 17 September 2011

Fakta : Wanita....

Assalamualaikum and hello there..
hari nie nk cter pasal facts about women, perempuan, wanita...





  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hati.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. 
  4. Jika seorang wanita jatuh hati dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.
  6. Wanita memang menyukai pujian tetapi tidak tahu cara menerima pujian.
  7. Jika kamu(lelaki) tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
  8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. jika kamu masih ingin berkawan dengan dia, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan ape yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  11. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberi respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap tak acuh seolah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tidak sampai sepuluh minit, semua kawan2  dia akan mengetahui berita tersebut.
  12. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  13. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
  14. Jika seeorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tidak berminat denganmu.
  15. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamnu untuk memikatnya.
  16. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!!
  17. Bekas kekasihnya akan selalu di fikirannya, tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang istimewa di hatinya.
  18. Satu ucapan "Hai" sudah cukup untuk menceriakn harinya.
  19. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 
  20. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
  21. Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
  22. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dan mencintainya dengan sepenuh hati.
  23. Senjata wanita adalah airmata.
  24. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya. Mereka akan terharu dan merasa bahawa dirinya dicintai  setulus hati. dengan ini dia tidak akan ragu2 terhadapmu.
  25. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. so, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
  26. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sumber : jiwakacau.com

-eita bullah-

No comments: