Sunday 26 June 2011

MEANING OF EACH ROSE

assalamualaikum and hello there....




pernah x korg dpt bunga..
especially rose from someone you love ?
what ? really ?
bagus la klu korg pernah dapat...
me ? x pernah la... so sad...
nobody want to give me laaa...
hahahaha...


did you all know that each color of rose have their own meaning..


Red Love, Beauty, Courage and Respect, Romantic Love, Congratulations, "I Love You", "Job Well Done", Sincere Love, Respect, Courage & Passion





Dark Red   - Unconscious beauty   
 
Red White  - Given together, these signify unity
Coral  Desire

Lavender Rose  Love at first sight, Enchantment
Black  Death, Farewell
Blue  The unattainable, the impossible
Pale Peach  - Modesty
Peach  - Appreciation, Closing the deal, Let's get together, Sincerity, Gratitude
Orange  - Desire, Enthusiasm
Yellow with Red Tips  - Friendship, Falling in Love
Yellow  - Joy, Gladness, Friendship, Delight, Promise of a new beginning, Welcome Back, Remember Me,  Jealousy,
"I care"

Light Pink  Admiration, Sympathy, Gentleness, Grace, Gladness, Joy, Sweetness
Dark Pink  - Appreciation, Gratitude, "Thank You"
Pink   - Appreciation, "Thank you", Grace, Perfect Happiness, Admiration, Gentleness, "Please Believe Me"
Deep Burgundy  - Unconscious Beauty
White  - Purity, Innocence, Silence, Secrecy, Reverence, Humility, Youthfulness,
"I am worthy of you", Heavenly

-eita bullah-

Tuesday 21 June 2011

MIGRAINE

assalamualaikum..
hye peeps...


today i wanna talk about migraine...
ak rse majoriti students kat malaysia nie msti pnah dpt migraine kan ???
aku dpt migraine nie since aku standard 4 lg...
mmg dah thp kronik dah aku nie...
hahaha...



APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.


APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.


APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.


BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.


BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.



biasanya aku akan mkn Cafergot...ubat nie blh beli kat Guardian..harga dye agak mahal la jgk..1 biji dlm RM2.20 klu x silap...


-eita bullah-

Sunday 19 June 2011

FATHER'S DAY

ayah...
19 thn yang lalu aku telah dilahirkan...
kau telah mendidik ku dengan sempurna sekali...
sewaktu mak masih lg dalam pantang...
kau lah yang telah menjagaku..
kau lah yang membasuh lampin2 dan bju2 ku...

ayah...
sebelum kau pergi kerja, kau akan kejutkan diriku...
kau akan cium pipiku sebelum kau pergi...
bila anakmu ini ada buat kesalahan, kau akan memukul ku...
samapai berbekas tapak tgnmu dibadan ku..

ayah...
kau selalu mendoakn untuk kejayaanku..
kau selalu mengharapkan anakmu ini mendapat tempat pertama didalam kelas...
tp..maafkan anakmu kerana tidak dapat untuk memenuhi kehendakmu ayahku..

ayah..
ketika anakmu ini lulus dengan cemerlang dalam PMR..
kau lah org yang paling gembira..walaupun kau tidak menunjukkannya di depanku..
tp aku tahu...

ayah...
aku tahu yang kau sedih dengan keputusan SPM ku...
kau telah meletakkan harapan yang terlalu tinggi...
tp..anakmu selalu mengecewakanmu...

ayah...
maafkan segala kesalahan anakmu ini..
maafkan dosa2 ku sejak aku kecil sehingga la skrg...
ayah..aku telah melihat kau bersusah payah untuk menyara keluarga ini..
aku telah melihat kau jatuh dan bgn...
tp..x pernah sekali pun kau tunjukkan kelemahanmu...

ayah..
izinkan lah anakmu ini membahagiakanmu...
aku ingin kau lihat ku memegang segulung ijazah..
aku akan membanggakan kau dihadapan semua saudara mara...


Ya Allah...
aku mohon kepadaMu..
panjangkanlah umur kedua org tua ku..
Kau berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Kau kurniakanlah mereka dengan kesihatan Ya Allah..

ayah...
SELAMAT HARI BAPA...
I <3 YOU DAD!!!!



my dad, my hero


-eita bullah-

Friday 17 June 2011

SEHARI BERSAMA

assalamualaikum...
hello peeps...
hri ini ana byk senang laaa...
ana byk happy laa...
hahahahahahahaha...




dah lme sgt aku x jumpa bdk nie...
kan Siti Zulaikha Swayonoh ????
last kita jumpa pown raya thn lepas kan ???
rndu gler kat ko...
so ble ada chance jumpa ko..ape lg...
kuar la kita kan ???




so..korg, layan la gmbar kteor ngah mkn k...
enjoy...




Location : 1 Utama Shopping Center, Burger King
Event :Shopping , Shopping and Shopping...lastly mkn
Date : 17 June 2011, Friday













amboi teruknya perangai....


















Katak hijau ? sape kat sbelah katak tu ?

-eita bullah-

Thursday 16 June 2011

LOVE YOU

1st meet 
Location : Main Hall, Unisel
Event : Orientation


Me : hi...
You : hi..
Me : I Rozita. You ?
You : I Shaliny. 




note : awkward moment....






from that day you and me get closer and closer...


THING THAT WE DO TOGETHER

  • breakfast together
  • lunch together
  • go to class together
  • study together
  • go library together
i always marah you..but you still calm..

on you birthday...
the 1st birthday that we celebrate together..
i bought you a cake..
i ask you to come down..
when you already in front of me..
i gave you the cake..
you cry..
you hug me..

Me : Stop it la BODOH!!!! You make me cry..
You : You make me cry too...I LOVE YOU EITA.
Me : LOVE YOU MORE...
You : Thax Eita.
Me : ur Welcome babe..

you pernah ckp nie kat i ...
"i wanna you to be my best fren until i get old..and i wanna story about you, about our frenship to my grandchildren"
hahahahhaha...so sweet of you...







I LOVE YOU BABE...
SORY!!! I X BYK PICTURE KITA....
may this friendship last forever...

-eita bulla-

Tuesday 14 June 2011

AURAT WANITA DALAM ISLAM

assalamualaikum...
hari nie nk cter psl aurat pompuan plak ye...
1.    Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.    Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….
3.    Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4.    Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5.    Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6.    Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7.    Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8.    Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9.    Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10.    Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11.    Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.    Pakaian
 – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


-eita bullah-

pashmina....

MY 1ST PASHMINA. . . . 









-eita bullah-

PEMAKAIAN TUDUNG ?

assalamualaikum waramatullah hiwabarakatu...
segali puji kepada Allah dan Para Rasul serta Para Sahabat..


beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat zaman sekarangyang perlu diperbetulkan......

1.Tudung 'Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.
Tudung Lilit 
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.
Tudung 'See Through' 
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.
Tudung Jambul 
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

5.
Tudung 'Singlet' 
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.
Tudung Saji 
-Sekejap pakai,sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.


Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat.





Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta.Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)







pakai tudung...tp pkai seluar pendek...ish ish ish...
yg nie plak pkai tudung nampak leher + bju ngan seluar ketat...


trend baru pkai tudung ke kak ??????

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL 

CREDIT TO awektudung.blogspot.com

-EITA BULLAH-